Dalam masa tidak sampai dua bulan, Parti Amanah Negara (Amanah)
berjaya mengumpul RM63,000 untuk Tabung Peduli Aleppo yang dilancarkan
pada 23 Disember tahun lalu.
Pengarah
Tabung Peduli Aleppo Dr Siti Mariah Mahmud berkata, dana tersebut akan
diagihkan kepada beberapa pihak di Syria termasuk Omari Foundation yang
khusus menjaga kebajikan anak yatim.
"Sebahagian lagi dariapda sumbangan akan digunakan untuk membeli van
untuk kegunaaan Omari Foundation. Bakinya akan diagihkan kepada
anak-anak yatim yang akan diziarahi oleh rombongan kita," katanya dalam
sidang media di Wisma Amanah Negara, Jalan Kuching hari ini.
Menurut beliau, Amanah akan menghantar terus sumbangan ini ke Aleppo
yang diketuai Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan Kemanusiaan dan Bencana
Alam Amanah Nasional.
Rombongan mereka akan ke sana pada 21 Februari ini.
"Di samping menyerahkan sumbangan, ada masa sama untuk mengenal pasti
bagaimana keadaan mangsa-mangsa peperangan di Aleppo dan Syria amnya
dan melawat khemah-khemah pelarian," katanya yang juga Ketua Angkatan
Wanita Amanah Nasional (Awan).
"Ini sangat penting untuk kami maklumkan supaya para penderma tahu ke
mana duit ini pergi dan bagaimana cara disampaikan," katanya.
"Kami menyasarkan RM100,000 dan Alhamdulillah atas kprihatinan rakyat
Malaysia kami dapat mengumpul lebih separuh daripada sasaran," katanya
lagi.
Beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada para penyumbang dan
berharap akan ada lagi orang ramai yang memberi bantuan untuk tabung
ini.
Dalam sidang media tersebut juga, Setiausaha Agung Anuar Tahir
menerima mock cek daripada Siti Mariah dan diserahkan kepada Mariam.
Untuk rekod, kos sara hidup setiap seorang anak-anak yatim di Syria
adalah sebanyak AS$50 sebulan meliputi makan minum dan tempat
perlindungan.
Amanah kumpul RM63,000 untuk Tabung Peduli Aleppo
Written By Wadah Baru on Rabu, 15 Februari 2017 | 4:00 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan