Bersatu beranggapan, Pas sekarang tidak akan bekerjasama lagi dengan
PKR dan juga partinya selepas meletakkan syarat tidak boleh ada hubungan
dengan DAP dan Amanah jika mahu bersama mereka.
Sehubungan dengan itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu,
Datuk Kadir Jasin berkata, Pas akan bersendirian atau bersama Umno dalam
PRU - 14 nanti.
"Tolak campur darab bahagi kita sampai ke tempat yang sama iaitu Pas
sama ada bersendirian atau berpakat dengan Umno," tulis Kadir dalam
blognya, The Scribe.
Bagi bekas ketua pengarang kumpulan NST itu, Umno tentu tak mahu satu lawan satu dengan gabungan PPBM-Pakatan Harapan.
"Bertanding satu lawan satu, Umno mungkin kalah teruk. Jadi tak
hairan langsung kalau Umno akan upah Pas untuk jadi "spoiler"," kata
Kadir.
Kenyataan Kadir ini dibuat ekoran kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi wang bahawa partinya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana
parti yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
"Jadi kalau kita ikut logik amanat terbaru Abdul Hadi itu, Pas bukan
saja tak akan kerjasama dengan PPBM tapi juga dengan PKR sebab PKR
adalah ahli Pakatan Harapan yang anggotanya terdiri daripada PKR, DAP
dan Amanah," kata Kadir.
Jadi, kata Kadir, kalau Pas nak kerjasama pun boleh jadi dengan Umno pasal Umno tak kerjasama dengan DAP dan Amanah.
"Tapi dengan Barisan Nasional susah sikit sebab ada parti BN yang tak sokong RUU355 Abdul Hadi," kata Kadir.
Menurut Kadir, para penganalisis dan peramal politik kata, sikap
Abdul Hadi terhadap Umno atau lebih tepat terhadap Najib berubah menjadi
sangat mesra selepas dia jatuh sakit di Turki pada bulan Mei tahun
2014.
"Sejak itu perhubungan Abdul Hadi dan Najib macam kembar Siam," tulis Kadir lagi.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan