Siti Noor Aishah Atam adalah sasaran mudah oleh pihak berkuasa supaya
dapat menundukkan pemikiran dan tindak tanduk generasi muda untuk tidak
berani menuntut hak mereka, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata,walaupun Malaysia akan
menuju kepada negara maju 2050 masih mempunyai mentaliti dunia kelas
ketiga.
"Aishah adalah "soft target"- sasaran yang mudah, untuk pihak
berkuasa menjadikan contoh kambing hitam dalam kalangan anak muda supaya
mereka tunduk dan tidak berani atau berupaya menuntut hak mereka.
"Sewajarnya Aishah perlu pembelaan dari semua pihak. Anak-anak kita
atau kita sendiri yang suka membaca dan menyelidik, berpotensi terdedah
menjadi mangsa seperti Aishah.
"Hari ini Aishah, esok siapa pula ? Ini bukan isu Aishah sahaja ,
tetapi isu hak kemanusiaan dan masa depan anak muda yang diminta
Kerajaan mengejar tahun 2050 kerana impian 2020 telah gagal dicapai
bukan hanya dari aspek pendapatan kewangan tetapi juga dari aspek hak
asasi kita," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri menahan
kembali bekas pelajar sarjana Usuluddin, Universiti Malaya, Siti Noor
Aishah,29, susulan rayuan yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya
terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau pada
September tahun lalu
Siti Noor Aishah ditangkap dan ditahan di bawah Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana memiliki 12 buah
buku yang didakwa berkaitan dengan kumpulan pengganas. Namun
berkuatkuasa pada 27 Mac lalu, beliau sekali lagi ditahan di bawah
Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) selepas beliau hadir di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur.
Raja Bahrin berkata, penahanan terhadap Siti Noor Aishah bukan hanya
mengancam hak asasi manusia tetapi juga pencabulan ke atas hak kebebasan
dan intelek generasi anak muda hari ini.
"Malaysia negara "maju" hanya pada kulitnya, sementara isinya masih diselubungi sikap pemikiran -mentality dunia kelas ketiga.
Anak
muda yang celik maklumat tentu sedar ini semua. Kerana itulah Kerajaan
menganggap mereka ancaman kepada pemerintah hari ini.
"Tidak pernah generasi anak muda dan mereka yang mendokong aspirasi
tinggi saperti pemimpin muda Rafizi Ramli dicabar begitu hebat seperti
apa yang berlaku hari ini.
"Baru- baru ini aktivis anak muda Adam Adli, Che Gu Bard dan Safuan
Anang dikenakan hukuman denda RM6,000 ringgit dan sekali gus
menghilangkan kelayakan mereka menyertai pilihanraya untuk mewakili
suara anak muda.
"Rafizi Ramli pula dikenakan hukuman penjara melebihi 2 tahun yang
menghilangkan kelayakan beliau bertanding semula. Anis Syafiqah, Shazni
Munir, Khairol Najib dan kini Siti Aishah adalah di antara mangsa
terkini tindakan zalim kerajaan," ujarnya.
Justeru katanya, tektik intimidasi kepada anak muda serta rakyat
jelas ditunjukkan dalam cara penyerbuaan rumah keluarga Aishah di
Dungun, Terengganu oleh 40 orang anggota keselamatan yang bersenjata
apabila menangkap beliau.
Bagi Raja Bahrin, tindakan itu adalah kegunaan kuasa secara keterlaluan untuk mengintimidasi generasi muda.
"Sebanyak 12 buku yang disabitkan kesalahan Aishah sehingga hari ini,
selepas tempoh satu tahun, masih tidak diharamkan oleh pihak berkuasa.
"Buku-buku ini masih dijual di beberapa kedai buku awam. Jika betul
buku-buku tersebut adalah sebab utama Aishah ditangkap, pihak berkuasa
sangat tidak bertanggung jawab kerana selepas satu tahun, masih
mendedahkan orang ramai kepada "bahaya" buku -buku tersebut yang boleh
menyebabkan mereka juga ditangkap.
"Di manakah konsistensi dan sikap bertanggung jawab kerajaan dalam isu ini?,soalnya.
Justeru kata Raja Bahrin isu penangkapan Siti Noor Aishah ini perlu
dijawab di Parlimen kerana Parlimen ujarnya yang telah meluluskan Sosma
dan Pota yang kini dakwanya, disalah gunakan.
"Pertamanya, intimidasi tuduhan keatas Aishah tidak terbukti dari
aspek bukti dan hujah yang lemah di mana mahkamah sendiri membebaskan
beliau.
"Laporan awam tentang ancaman budaya takfiri tempatan yang
dirakamkan, di mana pihak tertentu di Masjid dan Surau bertindak secara
ekstrim mengistiharkan "halal darah" dan wajib "dihapuskan" sehingga
kini belum ada apa -apa tindakkan oleh pihak berkuasa.
"Perkara ini telah berkali-kali dibawa ke Parlimen. Ini adalah aspek
tindakkan secara terpilih - 'selective prosecution' ke atas anak muda
sementara pesalah di kalangan ekstrimis agamawan tidak diambil tindakan
sepatutnya oleh kerajaan dan pihak berkuasa," ujarnya.
Katanya lagi, propaganda intimidasi dan janji manis adalah gandingan
tektik Kerajaan untuk melemahkan dan melalaikan generasi muda.
"Aishah adalah simbol mencerminkan masalah yang dihadapi oleh
generasi anak muda hari ini. Aishah adalah seorang pelajar muda cerdik
yang sedang membuat kajian untuk Masters dari keluarga luar bandar yang
miskin.
"Keluarga Aishah yang susah mesti meminjam dari orang ramai untuk
pembelaan guamannya yang mahal. Aishah dan keluarganya tidak mempunyai
sesiapa yang mempunyai kedudukan atau pengaruh untuk membela beliau,"
ujarnya.
Siti Noor Aishah 'di kambing hitam' agar generasi muda tidak menuntut hak
Written By Wadah Baru on Ahad, 2 April 2017 | 4:47 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan