Hasil kaji selidik dilakukan badan pengkaji Invoke Malaysia
mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin pilihan responden
untuk jawatan Perdana Menteri ke-7
Kaji selidik oleh badan pengkaji Invoke Malaysia yang dipimpinnya
oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli itu itu dijawab 65.6% daripada
sejumlah 17,962 orang, manakala 34.4% memilih tidak menjawab.
Kira-kira satu pertiga (31%) daripada mereka yang disoal mahu
mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, manakala
34.6% membuat pelbagai pilihan daripada pemimpin pembangkang.
Kaji selidik yang diumumkan Rafizi itu menyenaraikan 9 pemimpin
pembangkang, termasuk dirinya, mewakili PKR, PPBM dan PAS, manakala
tidak ada pemimpin dari Amanah mahupun DAP yang merupakan sebahagian
Pakatan Harapan.
Ditanya mengapa pemimpin Amanah dan DAP tidak disenaraikan, Rafizi
berkata kajian itu berdasarkan jumlah kerusi yang ditandingi pembangkang
dan jumlah majoriti pengundi Melayu seperti dilapor FMT.
Anwar mendapat sokongan paling banyak, iaitu 23.5%, diikuti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan undian 17.6%.
Manakala
Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pilihan ke-3 popular
(16.5%) diikuti Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (12.6%).
Hasil
yang diumumkan Rafizi juga menunjukkan dirinya lebih popular mengatasi
Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir (8.4%), Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (4.5%), Timbalan Presiden PKR Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali (3.5%) dan Nurul Izzah Anwar (2.6%).
Kaji selidik itu yang dijalankan selama lebih 3 bulan sejak 6
Februari sehingga 23 Mei.Rafizi lebih popular daripada Azmin, Wan Azizah
Di kalangan pengundi Melayu, Hadi menerima jumlah undi paling tinggi
iaitu 29%, diikuti Dr Mahathir di tempat ke-2 sebanyak 18%. Ia diikuti
Muhyiddin (15%), Anwar (14%), Mukhriz (12%).
Di kalangan Melayu, Rafizi disenaraikan lebih popular daripada
pemimpin PKR lain, dengan undian 6%, meninggalkan Azmin (4%) dan Wan
Azizah (1%).
Di kalangan pengundi Cina pula, Anwar mendahului calon lain, dengan jumlah sokongan sebanyak 35%.
Rafizi turut mengumumkan dirinya kedua popular di kalangan responden
Cina (19%), diikuti Dr Mahathir dan Wan Azizah masing-masing sebanyak
12%, Muhyiddin (9%), Nurul Izzah (7%) manakala Mukhriz dan Azmin
masing-masing 3%. Hadi pula tidak menerima sokongan responden Cina.
Anwar juga menerima sokongan paling banyak di kalangan pengundi India
(68%), diikuti Muhyiddin (15%) dan Rafizi (7%). Dr Mahathir dan Mukhriz
masing-masing 4%, Azmin 2% dan manakala Hadi, Wan Azizah dan Nurul
Izzah tidak menerima sokongan responden India.
Pengumuman Rafizi hari ini selang 3 hari selepas Kongres PKR membuat gimik sepanduk tertera “Anwar PM ke-7”.
Sepanduk itu diangkat di hadapan pemimpin parti lain termasuk Dr Mahathir dan Muhyiddin yang hadir sebagai tetamu.
Ia mengundang kritikan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman yang berkata PKR tidak sensitif, di samping kritikan bekas
menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mengundang kecaman Rafizi.
Kajiselidik Invoke: Anwar PM ke-7 pilihan rakyat
Written By Wadah Baru on Rabu, 24 Mei 2017 | 11:02 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan