Home » , » PAS ‘meluat’ tengok pemimpin DAP berbuka puasa dengan orang Islam

PAS ‘meluat’ tengok pemimpin DAP berbuka puasa dengan orang Islam

Written By Wadah Baru on Selasa, 30 Mei 2017 | 8:36 PG

PETALING JAYA: PAS sekarang berbeza daripada parti Islam dahulu yang amat terkedapan dalam berdakwah, dan mengalakkan orang bukan Islam mendekati orang Islam.

Begitu kata Ketua Biro Agama Pemuda PKR Wan Ji Wan Hussin kepada Malaysiakini semasa menjawab catatan Yang Dipertua PAS Gombak Salehhuddin Nasir di Facebook.

Semalam, Salehhuddin berkata beliau “meluat menyampah” melihat pemimpin DAP berbuka puasa dengan orang Islam.

“Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh. Kepada orang Islam, Allah dah sebut ‘lakum di nukum waliyadin’.

“Maaf, saya tak perlu pandangan sufi tasawuf di sini. DAP musuh Islam. Amanah dan PKR ‘macai’ DAP,” katanya.

Wan Ji berkat penulisan Sallehhuddin menunjukkan pendekatan PAS terhadap orang bukan Islam sudah berubah.

“Dulu presiden PAS pernah kata, orang bukan Islam ada hak untuk tolak hudud atas alasan mereka tidak diwajibkan ikut ajaran Islam.

“Kini, ada pimpinan PAS tuduh orang Islam sebagai anti-Islam sebab tidak bersetuju dengan pandangan PAS,” katanya lapor portal itu.

Tetapi beliau menambah mereka yang tidak bersetuju dengan parti itu tidak bermakna menentang Islam kerana PAS hanya sebuah organisasi yang tidak mewakili Islam.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin menyarankan kenyataan sebegitu dimaafkan, terutama semasa Ramadan.

Katanya kepada portal itu, pemimpin akar umbi PAS merasakan boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana tiada tindakan diambil terhadap orang lain yang melakukan perkara yang sama.
“Tiadanya tindakan terhadap pemimpin peringkat pertengahan yang seolah-olah menghukum sesiapa yang tidak menyokong RUU 355 untuk ditanam di jirat memburukkan lagi keadaan.”

Shazni merujuk kepada video tular yang memaparkan seorang ahli PAS di Kedah berkata mereka yang menentang pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ditanam di jirat.

Kenyataan Salehhuddin itu beberapa hari selepas NGO Jaringan Muslimin Pulau Pinang menggesa orang Islam menghalang Ketua Menteri Lim Guan Eng menyertai majlis buka puasa Ramadan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger