Oleh Mohd Sayuti Omar
Email saya menerima kiriman kenyataan media oleh Majlis Pimpinan 
(MPN) Keadilan Kelantan yang menjelaskan Pengerusi Keadilan Kelantan Sdr
 Ab. Aziz Kadir telah hadir mesyuarat Biro Politik pusat parti itu pada 
15 Ogos 2017.
Biro politik Keadilan telah mengambil maklum 
penjelasan diberikan Aziz berhubung "pergolakan" (kedudukan PKR Kelantan
 dengan kerajaan Pas) dan biro itu telah bersetuju dikekalkan sebagai 
pengerusi Keadilan Kelantan.
Sehubung itu juga lantikan anggota 
Keadilan dalam kerajaan Kelantan dikekalkan atas alasan MB Kelantan 
telah mengeluarkan kenyataan kerajaan Kelantan masih memerlukan 
kerjasama Keadilan. Itu sahaja alasannya? Ertinya Keadilan tidak 
mempunyai pendirian dan prinsip sendiri.
Tidak jadi masalah 
kalau Keadilan untuk terus bersama kerajaan Kelantan atas budibicaranya 
untuk kebaikan rakyat. Apa yang perlu berterus terang dan tegas. Tetapi 
apa yang sewelnya sebelum ini presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail telah 
mengeluarkan arahan penjawat jawatan politik di kalangan ahli Keadilan 
dalam kerajaan Kelantan akan berakhir selepas 31 Julai. Semua dunia 
mengetahuinya.
Ekoran arahan itu setengah ahli Keadilan yang 
dilantik memegang sesuatu jawatan telah bersetuju dan tidak hadir untuk 
angkat sumpah. Ahli Keadilan mendapat signal yang kabur.
Persoalan macam mana ada arahan dan keputusan "klu klik" begitu oleh 
Keadilan. Keadilan bercakap macam orang gagap sukar untuk difahami 
bahasa dan ertinya. Tindakan seperti ini menjejaskan kreadibiliti Dr Wan
 Azizah sebagai presiden, dan menyebabkan orang hilang keyakinan keapda 
Keadilan.
Apabila dalam kenyataan Aziz itu mengaitkan nama 
presiden, sudah tentu orang akan meletakkan kesalahan dan kelemahan itu 
kepada Dr Wan Azizah. Apakah benar Dr Azizah yang membuat keputusan itu 
atau pun ada tukang sihir lain yang berlindung disebalik Wan Azizah?
Rengkas cerita, Aziz sendiri sebagai pengerusi Keadilan Kelantan tidak 
ada pendirian tetap dalam kes ini dan beliau sangat bergantung kepada 
arahan di Kuala Lumpur. Sikap seperti ini menyebabkan rakan-rakan parti 
dalam Pakatan Harapan hilang kepercayaan kepada Aziz khasnya dan 
Keadilan amnya.
Ini tidak patut berlaku kerana sebagai pemimpin Aziz harus tegas, berani dan menjaga reputasi dirinya.
Meneliti semua itu, bagi saya lebih baik kalau Keadilan mengityharkan 
kedudukannya sebagai rakan Pas dan bukan komponen dalam Pakatan Harapan.
 Sikap begitu memudahkan pihak PH membuat apa-apa keputusan dan tindakan
 serta ia tidak membolak balikkan perasaan pendukung PH peringkat bawah.
Pakatan juga senang untuk menyusun strategi serta membentuk jentera pilihan raya. 
Berikut disiarkan kenyatan Aziz sepenuhnya: Trims.
KENYATAAN MEDIA
 MPN KELANTAN
 16 OGOS 2017
 Saya dan wakil Majlis Pimpinan Negeri Kelantan (MPN) termasuk Ketua 
Angkatan Muda dan Ketua Wanita telah hadir dalam Mesyuarat Biro Politik 
Pusat pada 15 Ogos 2017. Biro Politik telah dimaklumkan dan diberikan 
penjelasan mengenai senario politik semasa di Negeri Kelantan.
 
Biro Politik Pusat mengambil maklum dengan maklumbalas yang telah 
dikemukakan oleh saya dan bersetuju dengan perkara-perkara berikut :
 - Saya, Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir dikekalkan sebagai Pengerusi MPN Kelantan. 
 - Lantikan politik kepada anggota KEADILAN oleh Kerajaan Negeri 
Kelantan dikekalkan atas 
alasan Menteri Besar Negeri Kelantan telah 
mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan masih memerlukan 
kerjasama KEADILAN dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. 
 Saya 
mengucapkan terima kasih kepada YB Presiden KEADILAN dan Biro Politik 
Pusat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus memimpin MPN 
Negeri Kelantan. 
 Saya bersama MPN Negeri Kelantan akan terus 
komited untuk memperkukuh kedudukan KEADILAN di Negeri Kelantan 
khususnya dalam menghadapi PRU-14.
 HAJI AB AZIZ BIN AB KADIR
 Pengerusi
 Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.
Eloklah PKR Isytihar Keluar Dari Pakatan Harapan
Written By Wadah Baru on Khamis, 17 Ogos 2017 | 9:20 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan