Home » , » ‘Khuatir rusuhan akan diadakan kalau Najib kalah’

‘Khuatir rusuhan akan diadakan kalau Najib kalah’

Written By Wadah Baru on Rabu, 16 Ogos 2017 | 3:38 PTG

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad khuatir rusuhan yang berlaku di forum “Nothing to Hide 2.0” mungkin berulang pada skala yang lebih besar jika kerajaan BN tewas pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Pakatan Harapan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mencetuskan rusuhan supaya darurat boleh diisytiharkan.

“Saya takut ini adalah satu petanda yang cara ganas ini akan digunakan pada masa depan,” katanya.
“Saya harap tidaklah, saya harap kita akan ada pilihan raya dengan tertib.

“Tetapi kemungkinan ini kita mesti buat persediaan kerana kita tidak hendak negara kita ini brada dalam keadaan huru-hara,” kata mahathir dalam video yang dimuatnaik di Facebook PPBM

Keganasan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam bermula apabila suar dilemparkan ke arah Dr Mahathir, memenuhi dewan dengan asap.

Laporan mengatakan kerusi dibaling dan tumbuk menumbuk tercetus dalam kalangan hadirin ketika ahli PPBM menyerbu ke pentas untuk melindungi ahli politik berusia 92 tahun itu.

Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada pengacau terbabit ahli Umno, tetapi yakin mereka menyokong pentadbiran sekarang.

“Mereka nampaknya cuba nak sokong Najib dengan menamatkan forum kita supaya Najib terselamat. Sama ada daripada Umno, saya tidak tahulah, tetapi ada kemungkinan,” katanya dalam video 4 minit itu.

Ketua Polis Shah Alam Shafien Mamat pada Ahad berkata 3 suspek, berusia 17 hingga 19, ditahan untuk disiasat.

Mereka direman 4 hari bermula semalam.

Semalam ada laporan mendakwa 3 remaja itu dibayar RM50 untuk menghadiri forum itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger