Dalam Bajet 2018 yang memberikan bantuan RM200 sebulan untuk 3 bulan
sebelum musim menuai kepada golongan pesawah yang diumum Perdana Menteri
Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak akan dapat menyelesaikan masalah
utama industri padi dan beras negara ini
Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (Padi Rescue)
berkata, pemberian itu hanya bersifat sementara untuk meredakan
kemarahan pesawah yang sebelum ini mendesak kerajaan menubuhkan Lembaga
Padi dan Beras Negara (LPN) bagi mengantikan syarikat Padi Beras
Nasional Berhad (Bernas).
Dengan peruntukan hampir RM150juta itu khusus kepada 146,000 pesawah
berdaftar ia tidak akan dapat mengatasi masalah golongan pesawah apabila
kerajaan didakwa, masih gagal mengawal kenaikan kos yang seiring dengan
kenaikan harga padi yang terpaksa di tanggung oleh pesawah di negara
ini.
Setiausaha Kordinasi Padi Rescue Nur Fitri Amir Mohamad
berkata,eko sistem padi dan beras di negara ini perlu diubah kepada
satu sistem yang lebih menyeluruh tidak membebankan golongan pesawah dan
pengilang padi.
“Tidak guna jika peruntukan yang besar tetapi hanya akan disedut oleh
kartel pertanian yang mencekik pesawah dengan kenaikan kos bertani dan
potongan pemutuan padi yang tinggi.
“Kerana itu 14 Tuntuan Padi Rescue menjurus ke arah perubahan sistem
dengan mendesak kerajaan menubuhkan semula LPN yang mana kali ini fungsi
LPN merentasi bekalan padi dan beras bermula dari benih padi hingga ke
pasaran beras,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di Bukit
Bangsar semalam.
Katanya lagi, jika tanpa kewalan akan berlaku kenaikan harga beras di
pasaran.Ini kerana kerajaan tidak mengenakan kawalan harga padi di
peringkat kilang.
“Kita percaya kebajikan petani ada kesan dengan pasaran beras, bukan
bergantung kepada kualiti padi semata-mata. Kalau bagi bantuan RM200
sebulan tidak menyelesaikan masalah ekosistem yang sudah lama menghimpit
kehidupan petani selama ini,” ujarnya.
Beliau memberikan contoh yang mana ketika kerajaan meletakkan harga
tetap padi kepada RM1,200 tetapi disebabkan kenaikan kos tanpa kawalan
seiiring dengan kenaikan harga padi, akhirnya pesawah tidak merasa
apa-apa kelegaan.
Perkara ini dijelaskan oleh pesawah dari Bukit Rambai Melaka Mohd Shakirin Mohamad Zan
yang mendakwa, sebelum harga diselaraskan oleh kerajaan potongan hanya
15% hingga 17% tetapi apabila kenaikan harga diselaraskan RM1,200
berlaku pula kilang-kilang
menaikan peratusan setiap tahu dan terkini antara 24% hingga 26% harga.
“Jika kos setinggi itu tidak termasuk kos pemutuan, kos bajak, kos
benih padi dan kos-kos lain pesawah cukup merasai keperitan,” ujarnya.
Manakala Timbalan Pengerusi Persatuan Pengilang Melayu Mohamad Termizi Yop pula berkata, tekanan amat dirasakan dikalangan pesawah, pengilang dan pemborong Melayu.
“Bekalan benih ditanggung petani tetapi kerajaan tidak meletakkan
harga syiling pada harga runcit yang kini dikawal di peringkat kilang.
“Kita mengharap sebelum bajet dibentang ada ruang untuk petani dan pengilang dan pemborong Melayu.
“RM200 ini adalah antara yang kami minta dalam memorandum kami dan ia
hanya skop kecil daripada 14 tuntutan yang kami buat sebelum bajet
dibentangkan oleh perdana menteri,” ujarnya.
Justeru Padi Rescue berpandangan jika kerajaan gagal mengawal kos
industri padi dan beras negara ini kemungkinan akan berlaku kenaikan
harga beras di pasaran.
Ini akan memberikan kesan kepada petani yang terjejas kerana kos yang
sentiasa naik dan ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada
penawaran beras negara.
“Sekiranya eko sistem yang ada hari ini terus kekal tidak mustahil
satu hari kelak hanya orang yang berkemampuan yang mampu beli beras,”
terangnya.
Padi Rescue yang bekerjasama dengan Majlis Tindakan Eknomi Melayu
(MTEM) sejak 2013 telah mengkaji ekosistem industri dan beras negara
yang dilaksanakan kerajaan selama ini.
Justeru Padi Rescue berpandangan walaupun Bajet 2018 telah diumumkan
oleh perdana menteri, badan bertindak ini mengharapkan Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani mengkaji semula kegagalan Bernas dan
keperluan untuk mengwujudkan semula LPN.
Najib dalam pembentangan Bajet 2018 pada Jumaat lalu, mengumumkan
peruntukan RM6.5bilion kepada golongan pesawah, petani, peladang,
nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah.
Bagi golongan pesawah buat pertama kali Najib yang juga menteri
kewangan mengumumkan bantuan sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh 3 bulan
sementara menunggu hasil tuaian padi dengan peruntukan hampir
RM150juta kepada pesawah.
Selain itu peruntukan RM2.3bilion bagi bantuan insentif seperti baja
dan input pengeluaran kepada pesawah yang turut membabitkan pekebun
kecil getah dan nelayan.
Home »
artikel
,
Berita
» Peruntukan RM200 sebulan tidak selesaikan masalah ekosistem padi, beras negara
Peruntukan RM200 sebulan tidak selesaikan masalah ekosistem padi, beras negara
Written By Wadah Baru on Isnin, 30 Oktober 2017 | 12:14 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan