Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak
pada Jumaat lalu, umpama ‘copy-paste’ apa yang telah dicanang-canangkan
oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini kata, Pengarah Komunikasi AMANAH
Negeri Pulau Pinang, Zahar Zainul.
Menurut beliau lagi PH telah begitu lama memperjuangkan untuk
menghapuskan tol, namun begitu Najib yang juga menteri kewangan hanya
mampu untuk mengakui penghapusan tol di lima lokasi sahaja.
“Selama ini kita dalam PH telah berulang kali menyatakan bahawa tiada lagi kutipan tol sekiranya dapat memerintah Putrajaya.
“Tapi Najib hanya mampu untuk menghapuskan hanya lima lokasi sahaja,
sebaliknya rakyat tetap juga perlu membayar tol dibawah pemerintahan
kerajaan sekiranya mereka menang sekali lagi.
Beliau juga berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam sebanyak
dua kali membuktikan kerajaan yang diterajui oleh Najib sudah tidak lagi
mempunyai surplus atau lebihan sepertimana yang ada pada kerajaan PH.
“Pemberian bonus kepada penjawat awam terpaksa dibuat sebanyak dua
kali iaitu pada Januari dan Aidilfitri 2018 amat jauh bezanya dengan
pentadbiran kerajaan PH di Selangor dan Pulau Pinang.
“Jika di Pulau Pinang kita telah pun mampu membayar bonus pada bulan
Disember dan tidak perlu membuat pembayaran sebanyak dua kali.
“Ini adalah kerana kita mempunyai wang lebihan yang mampu untuk digunakan bagi manfaat pelbagai golongan dalam negeri ini.
“Kerajaan negeri juga telah membelanjakan sejumlah RM412 juta bagi
pelbagai program kebajikan rakyat sebagai bukti kemampuan mentadbir dan
membela rakyat negeri ini, ” ujarnya lagi.
Zahar yang juga merupakan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri berkata,
pemberian sebanyak RM200 untuk anak emas yang dilahirkan di negeri ini
telah pun dilaksanakan sebelum pengumuman bajet 2018 oleh Najib.
“Pemberian RM200 bagi program ADAM (Amanah Dana Anak Malaysia)
seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri telah pun dilaksanakan
lebih awal di Pulau Pinang dari apa yang hendak dilaksanakan oleh BN.
“Selain dari pemberian ini kerajaan negeri juga telah lama membantu
golongan nelayan, pemandu teksi dan juga penarik beca serta operator bas
sekolah.
“Warga emas, pelajar emas termasuklah mereka yang berada dalam tahun
satu dan tahun empat serta tingkatan satu dan tingkatan empat turut
diberikan sumbangan tahunan bagi meringankan beban persekolahan, ”
tegasnya lagi.
Malah katanya menjelang pembentangan bajet negeri Pulau Pinang,
banyak lagi sumbangan dan program kebajikan yang akan diberikan kepada
rakyat negeri ini bagi membela nasib mereka.
Sehubungan itu katanya, mengekalkan kuasa kepada kerajaan PH adalah
menguntungkan rakyat daripada terus memberi mandat kepada BN yang akan
mensengsarakan rakyat untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan