Home » » Sokongan Terhadap Tindakan SPRM

Sokongan Terhadap Tindakan SPRM

Written By Wadah Baru on Selasa, 11 Ogos 2015 | 2:48 PTG

Oleh Haji Adly bin Zahari

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka

Assalamu’alaikum WBT

SOKONGAN TERHADAP TINDAKAN SPRM DALAM MEMBANTERAS GEJALA RASUAH DI MALAYSIA

Adalah dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Perkembangan mutakhir mengenai isu rasuah yang melibatkan pemimpin utama negara adalah amat membimbangkan. Umum mengetahui rasuah adalah penyumbang utama kepada keruntuhan banyak negara dan institusi. Justeru mendorong kerajaan Malaysia suatu ketika meletakkan SPRM dibawah seliaan SPB Yang Dipertuan Agong bagi memperkukuhkan kuasa dan keupayaan SPRM menjalankan siasatan terhadap isu-isu rasuah yang berlaku dalam semua agensi dan institusi dalam negara.

3.Adalah begitu malang apabila SPRM dicabul dan tidak dihormati oleh penguasa melalui pasukan penguatkuasa yang lebih rendah kedudukannya dalam hieraki agensi penguatkuasa dalam negara kita.

Kedudukan suruhanjaya dibawah SPB YDP Agong langsung tidak mendatangkan rasa hormat malah telah diperkotak-katikkan. Kami memahami bahawa siasatan SPRM selama ini sering diganggu pihak tertentu yang berkedudukan untuk kepentingan peribadi mereka. Lebih malang apabila beberapa pegawai SPRM ditangkap dan mungkin akan didakwa atas tuduhan membocorkan maklumat penyiasatan skandal 1MDB. Malangnya, pesalah yang sedang disiasat kini semakin bermaharajalela dengan kuasa dan kedudukan yang ada pada mereka.

4.Sehubungan itu, Gerakan Harapan Baru Negeri Melaka menyokong penuh tindakan SPRM membanteras gejala rasuah sehingga ke akar umbi. Mereka yang bersalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal. Kami juga menyokong agar SPRM diberi kebebasan sepenuhnya menyiasat kes-kes rasuah dan terkini termasuklah kes melibatkan skandal 1MDB. Kami juga merasa kesal dan dukacita apabila SPRM diganggu, pegawainya ditangkap dan pegawai tertinggi SPRM dipaksa berehat seketika bertujuan mengganggu siasatan yang sedang berlaku keatas skandal 1MDB.

5.Justeru itu, Gerakan Harapan Baru Negeri Melaka menegaskan bahawa kami menyokong penuh usaha SPRM membongkar rasuah dan skandal 1MDB yang boleh menjahanamkan negara kita. Petualang negara perlu didakwa ke muka pengadilan. Maruah SPRM, sebuah badan penguatkuasa di bawah SPB YDP Agong perlu dikembalikan.
Sekian, Terima kasih.
Yang Benar,

Haji Adly bin Zahari
Penyelaras
Gerakan Harapan Baru
Negeri Melaka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger