Home » , » Terus Bekerja Lebarkan Pengaruh Amanah

Terus Bekerja Lebarkan Pengaruh Amanah

Written By Wadah Baru on Ahad, 4 Oktober 2015 | 2:21 PTG

1. Apabila pihak ROS telah meluluskan nama Parti Amanah Negara (AMANAH) bersama simbolnya dan pindaan-pindaan lain, maka sekarang ini Parti AMANAH bergerak secara sah ke seluruh negara.

2. Oleh itu, saya menyeru kepada ahli dan penyokong AMANAH di semua peringkat, mengembeling tenaga seluruhnya untuk melebarkan pengaruh, meramaikan ahli, memperkuatkan penubuhan dan melengkapkan jawatankuasa di peringkat negeri, kawasan dan cawangan.

3. Begitulah juga Pemuda dan Wanita AMANAH, perlu bergerak secara inklusif dan menumpukan kepada pengambilan ahli, penyebaran pengaruh dan maklumat kepada seluruh rakyat.

 4. Kita perlu terus melangkah ke hadapan, berkerja keras untuk menjadikan AMANAH sebagai satu parti yang paling utama, sekarang dan pada masa yang akan datang.

5. Keghairahan orang ramai terutama mereka yang bermaklumat, sama ada di bandar dan separa bandar, pegawai kerajaan mahu bekas pegawai kerajaan, mesti dilipatgandakan dengan mendaftarkan mereka sebagai ahli disamping melebarkan pengaruh AMANAH di peringkat kampung, akar umbi seperti sedang dilakukan sekarang ini.

 6. Pergiat dan pertingkatkan kerja-kerja kita. InsyaAllah dalam masa yang singkat AMANAH akan muncul sebagai sebuah parti yang utama di Malaysia.

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden Parti Amanah Negara
03 Oktober 2015
19 Zulhijjah 1436

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger