Home » , » Tidak perlu gusar dengan cercaan bahawa Amanah khadam DAP.

Tidak perlu gusar dengan cercaan bahawa Amanah khadam DAP.

Written By Wadah Baru on Khamis, 4 Ogos 2016 | 9:43 PG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mengingatkan anggota partinya tidak perlu gusar dengan tuduhan dan cercaan bahawa Amanah adalah khadam kepada DAP. Katanya gelaran demikian bukan baharu, bahkan berlaku sejak lama dulu, masa Fadzil Noor dan Nik Aziz masih ada dan memimpin Pas lagi.

Tuduhan itu bukan sahaja dilemparkan kepada Amanah, tetapi Dr Mahathir yang kini galak berusaha menjatuhkan Najib Razak juga dituduh sebagai barua dan khadam kepada DAP.

Apa yang hendak saya ulas sebagai renungan di sini, apabila semua hal-hal buruk dicampakkan kepada DAP, dan DAP dijadikan modal untuk mengukuhkan kedudukan Najib oleh orang yang sokong Najib, maka jelas dan nyata kehebatan parti bernama DAP itu.

Serangan bertalu-talu kepada DAP menunjukkan parti itu hebat dan berpotensi. Dalam dunia politik cacian berlebihan itu memberi publisiti mengahkan sesebuah parti berkenaan.

Apabila DAP diperlakukan demikian, maka parti itu merupakan sebuah parti yang hebat.

Tengok parti-parti lain, seperti PKR, Parti Cinta Malaysia dan sebagainya tidak dicaci dan diburukkan seperti DAP kerana parti itu tidak punya potensi dan kehebatan seperti DAP.

Di sinilah kesilapan orang yang mencerca DAP untuk memburukkan orang lain, mereka telah salah dalam membaca sifar atau kali2 dalam politik. Trims.

3 ulasan:

  1. Sahih kini PAN telah mengaku jadi khadam DAPig (penentang Islam #1.)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamu'alaikum en Hashim, antara perkataan tuduhan,cercaan sgt beza maknanya dgn mengaku. Tuduhan dan fitnah mnjadi khadam yg dilemparkn kpd AMANAH tidak akan dijawab dgn emosi. Sebaliknya kami jadikan kata2 Imam Hassan Al Banna, "Jadilah kamu spt pohon,saat org membaling batu kpdmu,kamu membalasnya dgn buah yg ranum" sbg panduan mghadapi mrk yg suka memfitnah. Bukan musuh yg kami cari. Bukan berbalah tujuan kami. Ada hal lain yg lebih penting utk difikirkn iaitu bagaimana hdk mnjatuhkn BN yg makin menghimpit rakyat dgn skandal dn dosanya yg penuh sarat.
      En Hashim juga mggunakn perkataan PAN dan tidak menggunakn nama AMANAH walaupun nama resmi yg sepatutnya digunakn ialah AMANAH. Bukankah akhlak kita sepatutnya memanggil nama saudara kita dgn nama yg disukainya?

      Padam
    2. Assalamu'alaikum en Hashim, antara perkataan tuduhan,cercaan sgt beza maknanya dgn mengaku. Tuduhan dan fitnah mnjadi khadam yg dilemparkn kpd AMANAH tidak akan dijawab dgn emosi. Sebaliknya kami jadikan kata2 Imam Hassan Al Banna, "Jadilah kamu spt pohon,saat org membaling batu kpdmu,kamu membalasnya dgn buah yg ranum" sbg panduan mghadapi mrk yg suka memfitnah. Bukan musuh yg kami cari. Bukan berbalah tujuan kami. Ada hal lain yg lebih penting utk difikirkn iaitu bagaimana hdk mnjatuhkn BN yg makin menghimpit rakyat dgn skandal dn dosanya yg penuh sarat.
      En Hashim juga mggunakn perkataan PAN dan tidak menggunakn nama AMANAH walaupun nama resmi yg sepatutnya digunakn ialah AMANAH. Bukankah akhlak kita sepatutnya memanggil nama saudara kita dgn nama yg disukainya?

      Padam

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger