Home » , » Husam akan disambut bagai wira di Kota Bharu hari ini

Husam akan disambut bagai wira di Kota Bharu hari ini

Written By Wadah Baru on Khamis, 1 September 2016 | 11:01 PG

Penyertaan Datuk Husam Musa ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) akan disambut secara besar-besaran di lapangan terbang Yahya Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini.

Husam dijadualkan tiba jam 2 petang akan membuat satu sidang media khas bersama pimpinan Amanah Kelantan dan pusat di situ sebelum di arak ke Pasir Puteh untuk melancarkan cawangan baru Amanah di sana.

"Kita akan berarak ke Pasir Puteh untuk membolehkan Datuk Husam menyertai program pertama beliau selepas menyertai Amanah," kata jurucakap Amanah Kelantan

Husam yang dipecat oleh Pas April lalu mengambil masa selama empat bulan untuk membuat keputusan menyertai Amanah.

Beliau telah menulis surat kepada presiden Pas bagi mengkaji balik keputusan itu namun tidak dilayan.
Husam membuat pengumuman menyertai Amanah di Cyberjaya 30 Ogos lepas dalam satu majlis sambutan Ambang Kemerdekaan.

Beliau menyerahkan borang permohonan menyertai Amanah kepada presidennya Mohamad Sabu dengan diperhatikan oleh hampir kesemua pucuk pimpinan utama parti itu dan kira-kira 500 tetamu yang menyertai majlis itu.

Turut serta menyertai Amanah di majlis itu adalah isteri beliau, Datin Rohana, ibu mertuanya, adiknya serta anak-anak beliau.

Nama Husam mula meletup semula selepas dipecat dari Pas apabila beliau bersama Matthias Chang, bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad membuat saman ke atas lapan defendan yang terlibat melarikan harta 1MDB di sebuah mahkamah New York 11 Ogos lalu.

Dalam saman itu, mereka berdua menuntut ganti rugi dari para defendan kerana membawa lari wang negara.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger