Oleh N Faizal Ghazali
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa
menegaskan beliau tidak akan keluar daripada Wisma Tok Guru selagi tiada
keputusan mahkamah.
Menurutnya, notis daripada pihak PAS supaya mengosongkan bangunan dan
tanah tersebut akan dicabar melalui tuntutan yang dikemukakan kepada
mahkamah tinggi.
"Kalau habis (tempoh) notis ini, peguam mereka akan bawa kes kepada mahkamah.
"Itu notis dia (PAS), saya pun boleh keluarkan notis juga. Sebab
bangunan ini milik saya," katanya pada majlis ceramah dan solat hajat di
Wisma Tok Guru, Kampung Padang Lalang, Pendek, Kota Bharu, malam tadi.
Malaysiakini semalam melaporkan PAS menegaskan notis supaya Husam keluar daripada premis tersebut sudah tamat pada 12 November lalu.
Isu perebutan tanah itu bermula susulan tanah yang asalnya milik
bekas ADUN Salor, Allahryarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim yang dinamakan
isterinya sebagai pemilik telah dijual kepada Setiausaha Kerja PAS
Kelantan, Mohd Yasin Yusoff dengan harga RM700, 000.
Oleh N Faizal Ghazali
Sementara itu, PAS merancang mengadakan satu majlis kesyukuran dan
solat hajat pada 16 November ini sebagai meraikan kejayaan mendapatkan
semula tanah yang asalnya menempatkan Pejabat ADUN Salor itu.
Sebagai rekod, tanah itu menempatkan pejabat Ahmad Rosli sebagai ADUN
Salor dan kemudiannya diserahkan kepada Husam sebagai ADUN baru pada
2008.
Husam yang juga naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa
beliau diberi keizinan oleh Ahmad Rosli untuk membina bangunan tambahan
baru di tanah tersebut.
Kata Husam, beliau akan menfailkan notis kepada pemilik baru tanah tersebut supaya perkara itu diputuskan pihak mahkamah.
"Kalau kita ingkar notis pihaknya, dia akan bawa kes ini ke mahkamah.
Dah pergi ke mahkamah ke belum? Belum. Jadi buat apa kita nak peduli.
"Pada 15 November satu perbicaraan akan bermula kerana kita failkan saman pemula nak mengisytiharkan bangunan ini milik saya.
"Perbicaraan sebenar untuk kes ini pula akan dibuat pada 4 Disember,
tak lama dah," kata Husam sambil menegaskan bangunan tersebut
kemungkinan akan menjadi miliknya.
Husam: saya tak akan keluar dari Wisma Tok Guru
Written By Wadah Baru on Selasa, 14 November 2017 | 4:41 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan